WILAYAH - TENGAH > BERITA

Amaran Ribut Petir Di Enam Negeri Hingga 3 Petang Ini

23/05/2026 01:00 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda enam negeri hingga 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan bahawa negeri Pantai Timur yang terlibat ialah Terengganu (Kuala Terengganu dan Marang) dan Pahang (Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Di Pantai Barat Semenanjung pula, keadaan sama dijangka melanda keseluruhan negeri Melaka serta Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).

Di Johor kawasan terlibat ialah Tangkak, Segamat, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sabah amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan