DUNGUN, 26 Mei (Bernama) -- Empat cedera termasuk dua kanak-kanak manakala 14 lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 337.7 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Paka dekat sini malam ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paka Pegawai Bomba Kanan II Mohd Bakri Abdul Rahman berkata dalam kejadian pada 7.30 malam itu, keempat-empat mangsa menaiki kereta Nissan Almera.
“Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Dungun oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Bakri berkata mangsa yang terselamat pula melibatkan dua individu yang menaiki sebuah kereta Toyota Vios dan dua lagi yang menaiki Proton Persona.
Beliau berkata enam lagi termasuk empat kanak-kanak yang terselamat menaiki kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire manakala empat lagi termasuk dua kanak-kanak menaiki kereta Perodua Ativa.
“Anggota bertindak membuat pemantauan bagi memastikan tiada lagi mangsa yang cedera di lokasi untuk dibawa ke hospital,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial