WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Cuba Selamatkan Jetski Hanyut Di Langkawi

29/05/2026 12:16 AM

ALOR SETAR, 28 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai cuba menyelamatkan sebuah jet ski yang hanyut di tengah laut dalam kejadian di Jalan Pantai Tengah, Langkawi, hari ini .

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada 9 malam sebelum tiba di lokasi 22 minit kemudian.

“Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra digerakkan ke lokasi kejadian. Sebaik tiba, kami dimaklumkan mangsa, Arash Nashran Abdul Maser, 23, dipercayai lemas di laut pada jarak kira-kira 100 meter dari pantai.

“Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan jetski yang hanyut di tengah laut sebelum ombak kuat menyebabkan mangsa tercampak ke dalam air. Difahamkan mangsa tidak memakai jaket keselamatan ketika itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi pencarian awsal turut dijalankan di kawasan persisiran pantai bersama orang awam, namun mangsa masih belum ditemui.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) akan memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) awal pagi esok bagi mengesan mangsa,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan