11hari lalu
Oleh Karina Imran & Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Di sepanjang Jalan Petaling yang sibuk, dengan kemeriahan pelancong tawar-menawar harga untuk membeli cenderahati dan peniaga giat mempromosikan barangan jualan mereka kepada pelanggan, terdapat sebuah kedai lama, Kedai Ubat Kien Fatt terletak di bangunan warisan yang melambangkan elemen perpaduan Malaysia.
1bulan lalu
BUKIT MERTAJAM, 20 Julai (Bernama) -- Resipi muruku diwarisi daripada ibu mertua menjadi “elemen istimewa” yang menjadikan perniagaan suami isteri dari Guar Perahu di sini kekal berdaya tahan sejak 1984 dan mendapat sambutan daripada pelanggan dalam dan luar negara.
1bulan lalu
Oleh Sarinah Mat Kasim
SEREMBAN, 13 Julai (Bernama) -- Bermula dengan sekadar hobi kerana minat yang mendalam terhadap seni, seorang suri rumah di sini mampu menjana pendapatan lumayan hasil kreativiti menggubah bunga daripada dawai baldu sekali gus menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tetap.
1bulan lalu
Oleh Ahmad Idzwan Arzmi
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ketika perniagaan bakeri dalam talian yang diusahakan merosot semasa pandemik COVID-19, sepasang suami isteri menukar haluan dengan memilih perniagaan ayam goreng apabila mendapati wujudnya gelombang minat orang ramai terhadap sajian itu terutama keluaran tempatan.
3bulan lalu
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Hobi memelihara ikan hiasan sejak usia 10 tahun menjadi titik permulaan kepada kejayaan Logeswaran Arumugam, 38, yang kini mengusahakan perniagaan akuarium moden dan eksklusif di bawah syarikat miliknya SLF Pearl Capital Sdn Bhd.
3bulan lalu
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Pengalaman beralih daripada kerjaya menjaminkan dalam bidang jualan farmaseutikal selama sedekad kepada menguli doh di kedai kecil di Balik Pulau, Pulau Pinang, menjadikan perjalanan pengasas Yin’s Sourdough Bakery & Cafe sebagai bukti transformasi, matlamat serta kecekalan.
3bulan lalu
KUCHING, 8 Mei (Bernama) -- Meskipun perjalanan lebih 20 tahun Metro Glide Sdn Bhd kini diwarnai dengan pelbagai anugerah, namun perjalanan untuk sampai ke tahap itu, bukanlah sesuatu yang mudah.
6bulan lalu
KOTA TINGGI, 27 Feb (Bernama) -- Pembuat serbuk kopi tempatan, Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd, menyasar untuk meraih perolehan RM31.5 juta pada 2025, meningkat lima peratus daripada RM30 juta tahun lepas, dengan dipacu permintaan kukuh daripada pelanggan di pasaran fizikal dan dalam talian.
6bulan lalu
KOTA TINGGI, 26 Feb (Bernama) -- Dodol Makndak, sebuah perniagaan mikro yang diusahakan seorang usahawan wanita di Pontian, menyasarkan untuk membuka sebuah kilang mini tahun ini bagi meningkatkan pengeluaran.
6bulan lalu
JOHOR BAHRU, 26 Feb (Bernama) -- Replika Gambus dan corak Benang Johor antara “buah tangan” eksklusif yang disediakan untuk delegasi kenamaan sempena Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 yang berlangsung di Desaru, Kota Tinggi.
6bulan lalu
Oleh Nur Fatin Mohmad Kedenen
KOTA TINGGI, 24 Feb (Bernama) -- Laksa Johor MakEte dari Segamat, keluaran seorang pengusaha wanita diterbangkan ke United Kingdom (UK) menerusi platform e-dagang Halal Street UK.
6bulan lalu
KOTA TINGGI, 24 Feb (Bernama) -- Seorang usahawan wanita memanfaatkan sumber tumbuhan seperti daun dan bunga untuk menghasilkan motif pada permukaan fabrik, sekali gus diolah menjadi produk kraf dengan menggunakan teknik cetakan kreatif (eco print).