BERITA TERKINI   PRN Johor: Arthur Chiong Sen Sern diumum calon PH bagi pertahan DUN Bukit Batu - Saifudin Nasution | 

Korporat : Lain-lain

RS-2 : Koridor Utara Selangor Berpotensi Jadi Hab Ekonomi Baharu Negeri

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.

Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 13 Jun (Bernama) -- Langkah Indonesia menerusi Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar faedah penanda aras atau Kadar-BI dan harga bahan api tanpa subsidi dalam tempoh beberapa hari, jelas memaparkan usaha kerajaan dalam menyokong rupiah selain meredakan tekanan fiskal walaupun ini dijangka membebankan isi rumah dan perniagaan, kata penganalisis.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini -- Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

TMK Chemical Cadang Beli Pegangan Ekuiti Dalam CCM Daripada Batu Kawan Pada RM920 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- TMK Chemical Bhd bercadang untuk membeli 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM), tidak termasuk aset tertentu, daripada Batu Kawan Bhd (BKB) pada harga pembelian indikatif RM920 juta.

Unit Scanwolf Raih Kontrak Kerja Bernilai RM21 Juta Di Selangor

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Scanwolf Corporation Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya, Scanwolf Trading and Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan (LOA) daripada Sg Besi Construction Sdn Bhd untuk kontrak bernilai RM21 juta.

Danantara Raih US$1.5 Bilion Melalui terbitan Bon Global Pertama

JAKARTA, 12 Jun (Bernama) -- Dana kekayaan negara Indonesia, Danantara Indonesia mengumpul dana sebanyak US$1.5 bilion (US$1 = RM4.05) melalui penawaran bon antarabangsa pertamanya, menarik permintaan kira-kira US$4.6 bilion, lebih tiga kali ganda daripada jumlah terbitan.

Presiden Dan CEO Kumpulan MAG Kapt Nasaruddin Dilantik Sebagai Lembaga Gabenor IATA Selama Tiga Tahun

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Kapten Nasaruddin A Bakar dilantik sebagai Lembaga Gabenor Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) semasa mesyuarat agung tahunannya yang ke-82 di Rio de Janeiro, Brazil.

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada Paragon Union Selepas Harga Saham Susut

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Berhad mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Paragon Union Bhd berikutan penyusutan mendadak harga saham syarikat itu hari ini.

PM Anwar Gesa Lebih Banyak Syarikat Manfaatkan 5G, Perkukuh Ekonomi Digital Negara

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Lebih banyak syarikat perlu memanfaatkan teknologi 5G bagi meningkatkan produktiviti, inovasi dan daya saing dalam usaha memperkukuh ekonomi digital negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selangor Perkukuh Agenda Kemampanan Menerusi Pelaburan WTE Bernilai RM2 Bilion

KUALA SELANGOR, 12 Jun (Bernama) -- Kerajaan Selangor melalui anak syarikatnya Worldwide Holdings Bhd (Worldwide) melabur kira-kira RM2 bilion untuk membangunkan tiga loji Sisa-ke-Tenaga (WTE) sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang mempertingkatkan pengurusan sisa pepejal secara mampan.

Galatek Buka Kemudahan Di Pulau Pinang, Sedia Pelaburan Komited US$100 Juta

BUTTERWORTH, 12 Jun (Bernama) -- Galatek Technologies (Galatek) membuka kemudahan pembuatan, pemasangan serta penghantarannya di Pulau Pinang, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab strategik bagi pembangunan industri semikonduktor dan pengeluaran maju.

GWM Malaysia Yakin kekal Momentum Pertumbuhan Dua Angka Menjelang Akhir 2026

​​​​​KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- GWM Malaysia menyasarkan pertumbuhan jualan dua angka menjelang akhir 2026 berikutan prestasi kukuhnya pada tahun lepas apabila jualan melonjak sebanyak 177 peratus kepada hampir 5,900 unit daripada 2,128 unit pada 2024.