BERITA TERKINI   PRN Johor: Arthur Chiong Sen Sern diumum calon PH bagi pertahan DUN Bukit Batu - Saifudin Nasution | 

Pasaran

Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pasaran Getah Dijangka Tidak Menentu, Trend Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal tidak menentu pada minggu depan, dengan sedikit penurunan disebabkan ketidaktentuan global yang berterusan, kata pakar industri Denis Low.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Kekal Positif Bagi Prospek Jangka Pendek Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mengekalkan prospek jangka pendek yang positif disokong oleh pengurangan kebimbangan geopolitik, sentimen risiko global yang bertambah baik serta persekitaran makroekonomi domestik yang stabil.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Berlegar Antara RM4,200-RM4,300 Minggu Depan - Interband

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dalam lingkungan RM4,200 hingga RM4,300 setan minggu depan.

Dagangan Bursa Malaysia Dijangka Dalam Julat Kecil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan dalam julat kecil dengan kecenderungan neutral ketika pelabur terus meneliti perkembangan geopolitik serta pengumuman data ekonomi penting daripada negara ekonomi utama.

Mesyuarat FOMC AS Dijangka Pengaruhi Dagangan Ringgit Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadual diadakan pada 16 dan 17 Jun dijangka mendorong ringgit diniagakan secara berhati-hati minggu depan.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan pelabur akan memantau perkembangan terbaharu konflik di Asia Barat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Harga Minyak Mentah Dan Minyak Soya

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat dipengaruhi oleh kelemahan harga minyak mentah dan minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Pulih Dari Kerugian Untuk Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Bin Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengimbangi kerugian semalam untuk ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan pengukuhan dalam prestasi COMEX AS serta keadaan dolar US yang semakin lemah.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Terus Catat Peningkatan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan peningkatan pada Jumaat, ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan ketidakpastian berkaitan konflik di Asia Barat menjejaskan mata wang AS.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, mencerminkan prestasi pasaran tunai pendasar. 

Pasaran Getah Terus Naik Berikutan Pengukuhan Niaga Hadapan Serantau

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur melanjutkan momentum menaiknya untuk ditutup lebih tinggi pada hari ini, dirangsang oleh keuntungan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah kebimbangan mengenai kesesakan bekalan berkaitan cuaca, kata seorang peniaga.