Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Tunai
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 dan Oktober 2024 meningkat 14.5 mata masing-masing kepada 1,662.0 dan 1,664.5, Disember 2024 melonjak 16.0 mata kepada 1,670.0, manakala Mac 2025 berkembang 15.5 mata kepada 1,656.5.
Jumlah dagangan bertambah kepada 8,651 lot daripada 7,082 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 51,615 kontrak daripada 52,194 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 12.13 mata atau 0.73 peratus kepada 1,664.28 daripada paras penutup 1,652.15 pada Jumaat.
Bursa tempatan ditutup pada Isnin bersempena cuti umum Maulidur Rasul 1446H/2024 dan Hari Malaysia.
-- BERNAMA