BERITA TERKINI   PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia - PM Anwar | Rebat tiket penerbangan RM50 kepada rakyat Malaysia bagi laluan Semenanjung–Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Gawai dan Kaamatan, dari 15 Mei-14 Jun -- Loke | Krisis Tenaga Global: CAAM lanjut tempoh kredit bayaran fi dan caj sehingga 60 hari berkuat kuasa 1 Mei bagi pelihara kemampanan operasi industri penerbangan -- Loke | Krisis tenaga global: ERL perkenal MyPutrajaya Monthly Travel Card khas untuk penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya -- Loke | Krisis Tenaga Global: ERL perkenal MyKLIA Monthly Travel Card bagi rakyat Malaysia bekerja di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 -- Loke | 

Unit Haily Group Dapat Kontrak Pembinaan Bernilai RM75.9 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Haily Group Bhd Haily Construction Sdn Bhd telah menerima surat anugerah daripada Meridin East Sdn Bhd bagi pembinaan dan penyiapan 393 unit rumah teres di Johor Bahru bernilai RM75.90 juta.

Haily melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata projek itu akan melibatkan pembinaan 126 unit rumah teres dua tingkat dan satu unit pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di petak pertama (parsel 4A3) dan 156 unit rumah teres dua tingkat di petak kedua (parsel 4A4).

Sejumlah 111 unit rumah teres dua tingkat dan pencawang berkembar TNB akan dibina di petak ketiga (parsel 4A5).

Pembinaan rumah teres tersebut akan mengambil masa 15 bulan untuk disiapkan, manakala pencawang berkembar TNB akan disiapkan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh dimulakan.

“Tarikh permulaan hendaklah diarahkan secara bertulis oleh arkitek Arcalliance Sdn Bhd,” katanya. 

Haily berkata pemberian kontrak tersebut tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham terbesar syarikat itu kerana tiada terbitan saham biasa baharu dalam syarikat.

“Lembaga menjangkakan pemberian kontrak ini akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan Haily sepanjang projek itu, dengan mengandaikan tiada kelewatan dalam tempoh pembinaan,” katanya.

-- BERNAMA