BERITA TERKINI   Titah Agong: Kerajaan MADANI akan pastikan agihan hasil ekonomi dimanfaat untuk pembangunan negara meliputi segenap lapisan masyarakat - PM Anwar | ACCCIM gesa kerajaan memperkenalkan skim kredit eksport dan mengurangkan duti import ke atas bahan mentah untuk membantu PKS menyesuaikan dengan dasar perdagangan baharu oleh ekonomi utama | Istiadat Pembukaan Parlimen: Titah Agong sarat dengan pesanan, perlu dihayati Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang - Fahmi | Tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil pastikan hak kedaulatan, kepentingan negara kekal terpelihara - Agong | Agong titah rakyat berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber seperti penipuan kewangan dan kecurian identiti | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri penurunan tiga hari dengan ditutup tinggi pada Rabu berikutan pasaran menjangkakan peningkatan semula permintaan minyak sayuran dari India menjelang musim perayaan akan datang, kata seorang peniaga.

Ketua Penyelidik Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata pemulihan kukuh harga diesel bersulfur ultra rendah (ULSD) dan  tenaga turut meningkatkan sentimen pasaran.

"Momentum kenaikan harga dalam niaga hadapan minyak soya di Lembaga Pedagangan Chicago dan niaga hadapan minyak sayuran China terus memacu pasaran," katanya kepada Bernama.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata niaga hadapan MSM melonjak melebihi RM3,800 dalam persekitaran kebimbangan jangkaan penyusutan pengeluaran.

"Kami mengesan paras sokongan pada RM3,780 dan paras rintangan pada RM3,920,” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 naik RM70 kepada RM3,917, November 2024 menokok RM105 kepada RM3,871 dan Disember  2024 melonjak RM109 kepada RM3,845  satu tan.

Kontrak Januari 2025 naik RM106 kepada RM3,821, Februari 2025 menokok RM105 kepada RM3,807 dan Mac 2025 melonjak RM96 kepada RM3,794.

Jumlah dagangan meningkat kepada 82,747 lot daripada 77,497 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka susut kepada 251,511 kontrak daripada 255,163 sebelum itu.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan naik RM50 kepada RM4,000 satu tan.

-- BERNAMA