BERITA TERKINI   APAD batal Lesen Pengendali syarikat pemandu treler, MFG Barokah Enterprise susulan kemalangan maut di Gemas Baharu, Johor korbankan tiga nyawa | Krisis Tenaga Global: Langkah kekalkan subsidi bersasar diesel pastikan sektor kritikal seperti nelayan, pengangkutan awam terus nikmati diesel pada kadar terkawal - Amir Hamzah | Krisis Tenaga Global: Kerajaan kini tanggung kos subsidi petrol dan diesel sebanyak RM6 bilion berbanding RM700 juta sebelum perang - Amir Hamzah | Krisis tenaga global: Bekalan minyak Malaysia lebih kukuh berbanding negara lain - Amir Hamzah | Kerajaan kekalkan subsidi bersasar RON95 dan diesel sebagai penampan bagi lindungi rakyat daripada kesan krisis tenaga - Amir Hamzah | 

SSCG Optimis Catat Pertumbuhan Disokong Kos Rendah, Insentif Hijau

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Solar District Cooling Group Bhd (SDCG), penyedia sistem pengurusan bangunan (BMS), sistem haba suria dan penyelesaian penjimatan tenaga, optimis dapat mencatatkan pertumbuhan tahun ini, dipacu oleh prospek positif dan kos yang lebih rendah.

Pengarah Urusan SDCG Edison Kong berkata kumpulan itu kekal yakin dengan prospek BMS mereka dalam industri kecekapan tenaga Malaysia berikutan permintaan berterusan terhadap penyelesaian cekap tenaga.

“Selain itu, insentif hijau kerajaan dalam Belanjawan 2024, dan jangkaan sokongan seterusnya dalam Belanjawan 2025, akan mengukuhkan aliran ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis penyenaraian syarikat itu, hari ini.

Kong berkata penyelesaian BMS dan solar termal syarikat penting dalam membantu pelanggan mengurangkan penggunaan tenaga dan kos operasi.

 “Dengan mengoptimumkan penggunaan tenaga dalam bangunan dan menggabungkan sumber tenaga boleh baharu, penyelesaian SDCG bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan tetapi juga memberikan penjimatan jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata manfaat ini meletakkan SDCG dalam kedudukan untuk membantu pemain industri mengharungi landskap tenaga yang berkembang sambil mengurangkan jejak karbon mereka.

Mengenai nilai perolehan kontrak, Kong berkata syarikat itu memperoleh pesanan bernilai lebih RM30 juta yang menyediakan asas pendapatan kukuh.

“Kami giat menenderk projek dalam pelbagai sektor, termasuk bangunan komersial, institusi kewangan, kemudahan kesihatan dan hartanah industri seperti pusat data,” katanya, sambil berkata bangunan berkenaan mempunyai keperluan tenaga signifikan yang dapat ditangani SDCG dengan kepakarannya.

SDCG memulakan dagangan sulung yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada Khamis, dibuka pada 50 sen – premium 12 sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 38 sen. Pada sesi pembukaan, sebanyak 20.68 juta saham didagangkan.

Pada sesi penutup dagangan pukul 5 petang, saham SDCG meningkat kepada 50.5 sen, 12.5 sen mengatasi harga IPO, dengan sejumlah 119.13 juta saham diniagakan.

-- BERNAMA