BERITA TERKINI   Sukan SEA Pekak 2025: Malaysia capai sasaran 16 pingat emas menerusi beregu campuran negara, Edmund Teo Seng Keong-Boon Wei Ying | Kementerian Pertahanan buka tender baharu sewaan empat helikopter untuk Tentera Darat – Khaled Nordin | Gegaran lemah dikesan di Segamat, Johor 6.13 pagi tadi, rakyat dinasihati jauhi struktur tidak kukuh dan patuh arahan berkuasa - MB Johor | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dan China. 

Penganalisis berkata keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada Rabu iaitu pengurangan pertama dalam empat tahun telah membawa kesan positif kepada harga emas.

Di dalam negara, kontrak niaga hadapan emas September 2024 meningkat kepada US$2,614.20 setiap auns troy daripada US$2,597.60 setiap auns troy pada Khamis.

Sementara itu, kontrak Oktober, November, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup lebih tinggi kepada US$2,627.00 setiap auns troy daripada US$2,610.40 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan susut kepada 12 lot daripada 32 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka merosot kepada 44 kontrak daripada 64 kontrak semalam.

Harga emas fizikal berada pada US$2,575.35 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 19 Sept, 2024.

-- BERNAMA