BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 - DOSM | Lebihan dagangan meningkat kepada RM40.4 bilion pada Mei 2026, sekali gus mencatat lebihan selama 73 bulan berturut-turut sejak Mei 2020 - DOSM | Eksport Malaysia tumbuh 45.3 peratus kepada RM184.0 bilion, import naik 14.1 peratus kepada RM143.6 bilion pada Mei 2026 - DOSM | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion pada Mei 2026, didorong pertumbuhan eksport lebih kukuh - DOSM | DBKL peruntuk RM200 juta di bawah Program Lestari Niaga bangunkan semula 287 lokasi gerai penjaja di ibu negara - Hannah | 

Suruhanjaya Sekuriti Kemas Kini Senarai Peringatan Pelabur

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelaburnya yang mengandungi entiti dan individu terkini yang tidak disahkan terlibat dengan skim pelaburan.

Pengawal selia itu berkata beberapa entiti dalam senarai itu mungkin menyamar sebagai entiti yang sah, yang disifatkan sebagai "klon berpotensi" dan menasihatkan orang ramai supaya tidak berurusan atau melabur melalui mereka.

 “Jika anda melabur melalui entiti dan individu yang tidak disahkan, anda tidak akan dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia. Senarai ini tidak lengkap dan berdasarkan maklumat yang tersedia kepada SC pada masa penerbitan,” katanya.

SC berkata entiti klon berpotensi itu termasuk “DDNK Menang Saham”, yang berkemungkinan mengendalikan skim pelaburan haram dengan menawarkan pulangan tinggi, menjalankan aktiviti pasaran modal tidak berlesen untuk berurus niaga dalam sekuriti dan salah nyata serta penyalahgunaan nama SC.

Entiti lain termasuk StockPro Sphere untuk skim pelaburan haram, menawarkan pulangan tinggi dan aktiviti pasaran modal tidak berlesen yang berurusan dalam sekuriti.

Layari https://www.sc.com.my/investor-alert-list untuk versi dikemas kini Senarai Makluman Pelabur.

-- BERNAMA