BERITA TERKINI   KLFA perkukuh kerjasama dengan KBS dalam pembangunan jurulatih dan program belia - Fahmi | KLFA sedang kukuh kerjasama dengan KPM dalam memperkasa bola sepak di peringkat sekolah - Fahmi | PM Anwar umum dana RM1 juta kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur | Tiga ladang ternakan babi di Tasek Gelugor, Pulau Pinang disahkan positif penyakit demam babi Afrika - Pengarah JPV Negeri | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 susut 12.0 mata kepada 1,658.5, Oktober 2024 berkurang 10.5 mata kepada 1,663.5, Disember 2024 turun 9.0 mata kepada 1,670.0 dan Mac 2025 merosot 10.0 mata kepada 1,655.5. 

Jumlah dagangan menyusut kepada 34,934 lot daripada 84,196 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 90,858 kontrak daripada 139,450 kontrak sebelumnya.  

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)  merosot 11.23 mata atau 0.67 peratus kepada 1,660.09 daripada paras penutup 1,671.32 pada Khamis.

-- BERNAMA