BERITA TERKINI   Pembangunan solar terapung hidro hibrid dan hab hidrogen hijau di Kenyir berpotensi tarik pelaburan serantau dan antarabangsa – PM Anwar | Pembangunan solar terapung hidro hibrid hab hidrogen hijau di Kenyir buka ruang anak tempatan terima pendidikan TVET oleh Petronas dan TNB - PM Anwar | Forest Research Institute Malaysia Forest Park Selangor (FRIM FPS) disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO - MOTAC | 

Niaga Hadapan KLIBOR Dijangka Kekal Tidak Diniagakan Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak diniagakan minggu depan. 

Kontrak itu tidak diniagakan pada minggu yang baru berakhir dengan jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.  

Kontrak bulan semerta Oktober 2024, November 2024, Disember 2024 dan Mac 2025 masing-masing kekal tidak berubah pada 96.45.

Untuk minggu yang baru berakhir, kadar asas KLIBOR tiga bulan berada pada 3.55 peratus.

-- BERNAMA