BERITA TERKINI   Piala Malaysia: KL City FC 2-1 Terengganu FC (agregat: 3-2) | Pelaksana dan kontraktor projek fasiliti kesihatan perlu jalankan tanggungjawab penuh integriti, pastikan tiada ketirisan atau kelewatan - PM Anwar | Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor tingkat kedudukan ekonomi negeri - PM Anwar | PM Anwar arah projek kecil di seluruh daerah dilaksana segera sepanjang tahun ini | PM Anwar lulus segera peruntukan RM2 juta projek surau dan kemudahan di Pontian | 

Pelabur Tumpu Data Ekonomi, Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus susut apabila mengakhiri dagangan Isnin dengan rendah ketika pelabur menumpukan minggu yang sarat dengan pengumuman data penting.

Data seperti Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan ISM dan maklumat tawaran kerja Amerika Syarikat (AS) akan diumumkan esok dan diikuti dengan laporan penggajian Pemprosesan Data Automatik AS pada hari berikutnya.

Selain itu, angka tuntutan pengangguran AS dan Indeks Pengurus Pembelian ISM AS pula diumumkan pada Khamis manakala data gaji bukan perladangan AS diketahui pada Jumaat.

Di peringkat tempatan, kontrak niaga hadapan emas bagi September 2024 susut kepada US$2,650.20 setiap auns troy auns daripada US$2,661.60 pada Jumaat.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 ditutup pada US$2,664.70 setiap troy auns, susut daripada US$2,675.10 pada Jumaat.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 12 lot daripada 54 lot manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 45 kontrak daripada 71 kontrak sebelum ini.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 27 Sept, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,661.85 bagi setiap troy auns.

-- BERNAMA