BERITA TERKINI   Dua jemaah haji Malaysia yang dirawat di hospital di Madinah dan Mekah berada dalam keadaan stabil - TH | Sultan Selangor perkenan temasya SUKMA 2026 diteruskan secara berhemah - KBS | Krisis bekalan global: Malaysia perlu beralih kepada ekonomi produktiviti tinggi, perkukuh rantaian bekalan negara - TPM Ahmad Zahid | Kerajaan komited pastikan Malaysia kekal sebagai negara dengan ekosistem perniagaan yang efisien, telus dan responsif - TPM Ahmad Zahid | Ekonomi negara masih kukuh walaupun berdepan ketidaktentuan global, gangguan rantaian bekalan - TPM Ahmad Zahid | 

Prestasi Ringgit, Soya Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives susut pada akhir dagangan Isnin susulan pengukuhan ringgit yang menjejaskan permintaan terhadap komoditi itu, kata peniaga.

David Ng yang juga peniaga komoditi itu berkata kelemahan prestasi kacang soya turut mengasak sentimen terhadap MSM.

“Berikutan itu, kami melihat paras sokongan pada RM3,900 (satu tan) manakala rintangan pada RM4,050,” katanya kepada Bernama.

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 susut RM35 kepada RM4,124 satu tan, November 2024 turun RM59 kepada RM4,037 manakala penanda aras Disember 2024 berkurangan RM56 kepada RM3,995.

Kontrak Januari 2025 dan Februari 2025 masing-masing susut RM58 kepada RM3,956 dan RM3,921 satu tan dan Mac 2025 turun RM61 kepada RM3,884.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 56,631 lot daripada 132,344 pada Jumaat manakala kepentingan terbuka susut pada 256,833 kontrak daripada 258,379.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan turun RM40 kepada RM4,170 satu tan.

-- BERNAMA