BERITA TERKINI   Gempa bumi: Polis terima tiga laporan kerosakan harta benda, tiada kemalangan jiwa – OCPD Segamat | Tiada laporan gangguan telekomunikasi susulan gempa bumi lemah di Kluang dan Segamat diterima setakat ini - Teo | Sukan SEA Pekak 2025: Malaysia capai sasaran 16 pingat emas menerusi beregu campuran negara, Edmund Teo Seng Keong-Boon Wei Ying | Kementerian Pertahanan buka tender baharu sewaan empat helikopter untuk Tentera Darat – Khaled Nordin | 

Bank Islam Lancar Suku Wakalah Peringkat Kedua Sehingga RM250 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd telah melancarkan peringkat kedua tambahan sukuk modal Tahap-1 wakalah daripada Program Sukuk Wakalah berjumlah RM5.0 bilion sehingga mencecah RM250 juta Tanpa Panggilan Kekal selama lima tahun.

Bank itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Program Sukuk Wakalah telah diberikan dan disahkan semula penarafan jangka panjang A3 oleh RAM Rating Services Bhd.

“Hasil daripada sukuk wakalah akan digunakan untuk membiayai keperluan modal kerja am dan/atau tujuan am korporat yang lain.

“Sukuk wakalah akan layak menjadi modal kawal selia Tahap 1 Bank Islam selaras dengan Rangka Kerja Kecukupan Modal Bank Negara Malaysia bagi Bank Islam (Komponen Modal),” kata bank itu. 

Bank Islam merupakan penasihat utama, pengatur utama, pengurus utama dan penasihat syariah kepada Program Sukuk Wakalah tersebut.

-- BERNAMA