BERITA TERKINI   Pelancaran Strategi Pembudayaan Integriti Nasional asas pembangunan negara mampan - PM Anwar | Komuniti Rukun Tetangga platform penting pupuk perpaduan di peringkat akar umbi - PM Anwar | RM5 juta akan disediakan dalam Belanjawan 2027 untuk hidupkan 10 memorial negarawan di seluruh negara - PM Anwar | Kekuatan negara bermula dari institusi keluarga dan didikan di rumah - PM Anwar | Tiada negara yang berdaya tahan tanpa peranan serta sumbangan wanita - PM Anwar | 

Kerajaan MADANI Komited Perkasa Industri Sawit Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan memastikan industri sawit negara terus diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata kerajaan telah meneruskan siri libat urus untuk mendengar pandangan setiap segmen masyarakat termasuk pemain industri di negara ini menjelang pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini. 

“Dalam sesi libat urus, beberapa perkara telah disentuh dan diberi perhatian antaranya isu berkaitan tenaga kerja asing dan kadar pengeluaran sawit yang rendah. 

“Di samping itu, usaha meningkatkan aktiviti hiliran berkaitan sawit dalam usaha memastikan kelangsungan industri sawit negara turut dibincangkan,” kata Anwar menerusi hantaran di laman X beliau hari ini.

Siri libat urus Perdana Menteri itu adalah bersama Menteri Besar Perak, Menteri Perladangan dan Komoditi, Ketua Setiausaha Negara serta pegawai kanan kerajaan dan pemain industri sawit.

-- BERNAMA