BERITA TERKINI   10,000 peniaga di bawah seliaan DBKL terima pengurangan kadar sewaan tapak 50 peratus hingga 2027 - Hannah Yeoh | Jemaah haji perlu kekalkan disiplin, patuhi peraturan di Tanah Suci, jaga nama baik Malaysia - Sultan Sharafuddin | Sultan Selangor nasihatkan bakal jemaah haji kawal perbelanjaan di Tanah Suci terutama dalam situasi ekonomi dunia tidak menentu | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kadar asas pasaran tunai.

Pada 9.19 pagi, kontrak Oktober 2024 dan November 2024, masing-masing naik 9.0 mata kepada 1,636.5 dan 1,639.5, Disember 2024 dan Mac 2025, masing-masing menambah 7.0 mata kepada 1,641.5 dan 1,629.5. 

Jumlah dagangan sebanyak 1,090 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,754 kontrak.

FBM KLCI naik 3.27 mata kepada 1,633.24 selepas 39 minit dagangan.

-- BERNAMA