BERITA TERKINI   Tiada unsur buli babitkan kes pelajar tingkatan empat yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Seremban - KP Pendidikan | Kerjasama itu membuka ruang penglibatan lebih strategik pada masa depan termasuk penerokaan potensi besar sektor gas asli Turkmenistan, antara pemilik rizab gas terbesar dunia - PMO | PM Anwar, Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov hari ini saksikan pemeteraian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan - PMO | Pencapaian ini hadir sempena 30 tahun kerjasama Malaysia, Turkmenistan dalam sektor tenaga, yang menjadi antara tonggak penting hubungan dua hala kedua-dua negara - PMO | Kerjasama strategik antara Petronas, pihak berkuasa Turkmenistan buka lembaran baharu dalam hubungan ekonomi dan tenaga antara Malaysia dan Turkmenistan - PMO | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan kebanyakannya meningkat dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.21 pagi, kontrak Oktober 2024 tidak berubah pada 1,632.0, November 2024 naik 2.5 mata kepada 1,638.0, Disember 2024 menambah 1.5 mata kepada 1,641.0 dan Mac 2025 menokok 0.5 mata kepada 1,627.5.  

Jumlah dagangan sebanyak 1,192 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,527 kontrak.

Dalam pada itu, indeks FBM KLCI turun 4.55 mata kepada 1,630.74 selepas 47 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA