BERITA TERKINI   MAA optimis jualan EV akan meningkat pada separuh kedua 2025, didorong oleh pelancaran model baharu terutamanya pada suku keempat | Indeks Keselamatan Sempadan Negara diluncur hari ini, mekanisme ukuran tahunan tahap keselamatan sempadan negara - Saifuddin Nasution | Kejayaan tumpaskan Gerakan Militan Radikal Bangladesh bukti tahap risikan PDRM di tahap terbaik -- Saifuddin Nasution | PDRM kini terajui operasi NSRC berkuat kuasa serta merta, perkukuh tindak balas penipuan kewangan dalam talian -- Saifuddin Nasution | 

Usaha Cekap Tenaga Malaysia Jimatkan Elektrik 5.82 Peratus Setakat Jun 2024 - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia mencapai kejayaan penting dalam kecekapan tenaga, yang telah diumumkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata Malaysia mencapai 5.82 peratus penjimatan tenaga elektrik, bersamaan 8,769 Gigawatt jam (GWj) dengan nilai RM2.21 bilion setakat Jun 2024.

"Ini adalah kemajuan besar memandangkan kita menyasarkan untuk mengurangkan pertumbuhan permintaan elektrik berjumlah 8.0 peratus.

“Ia menyumbang pengurangan keseluruhan sebanyak 38 juta tan karbon dioksida bersamaan pelepasan GHG dan dijangka menjimatkan elektrik kira-kira 52,000 GWj menjelang 2025," katanya dalam ucapan perasmian di Enlit Asia 2024.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri PETRA Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

-- BERNAMA