BERITA TERKINI   Ketua Pegawai Eksekutif TH Plantation Bhd Mohamed Zainurin Mohamed Zain ditamatkan kontrak hari ini | KDN galak orang ramai guna ID digital untuk elak pencerobohan data - Saifuddin Nasution | Penggalian semula kubur pegawai kadet Palapes akan dibuat secepat mungkin - Saifuddin Nasution | Penggalian semula kubur pelatih PALAPES akan dibuat secepat mungkin - Saifuddin Nasution | AI dan transformasi digital harus selesaikan kesenjangan digital dalam kalangan rakyat - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa.

Kontrak bulan semerta Oktober 2024 dan November 2024 naik 4.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,636.5 dan 1,640.0, manakala Disember 2024 meningkat 3.5 mata kepada 1,643.0 dan Mac 2025 menokok 5.0 mata kepada 1,632.0.

Jumlah dagangan turun kepada 5,478 lot daripada 7,451 pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 46,663 kontrak daripada 49,018 sebelumnya.  

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 0.33 mata atau 0.02 peratus kepada 1,635.62.

-- BERNAMA