BERITA TERKINI   Kerajaan cadang gubal Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan sebagai kesinambungan kepada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dan pelengkap kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 - PM Anwar | Kerajaan MADANI cipta sejarah menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang mengandungi penanda aras berkaitan pengurusan fiskal - PM Anwar | Kerangka Ekonomi MADANI serta RMK13 bukan sahaja untuk memperkukuh ekonomi, tetapi bagi menangani kebejatan yang membelit negara sejak sekian lama - PM Anwar | Pengintegrasian Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA oleh MAHB akan dipercepat- Loke | Saling bergantung antara negara berdaulat perlu dibina berasaskan prinsip pilihan, ketahanan, dan saling menghormati - PM Anwar | 

Agihan Pendapatan AHB 5.00 Sen Bagi Tahun 2024

KUALA LUMPUR, 9 Okt 0(Bernama) -- Agihan pendapatan akhir bagi dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) adalah sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Sept, 2024 sekali gus menjadikan jumlah agihan sebanyak lima sen bagi tahun 2024.

Dalam kenyataan bersama pada Rabu, Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan PHB Asset Management Bhd (PHBAM) menjelaskan jumlah itu meliputi pengagihan pendapatan asas sebanyak 2.25 sen seunit dan pengagihan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.

“Jumlah bonus yang diberikan ini sumbangan daripada PHB, penaja dana AHB dan pengagihan terhad kepada 1,000,000 unit pertama untuk setiap pemegang unit,” jelasnya.

Pada April 2024, PHB dan Maybank Asset Management Bhd (MAM) yang merupakan pengurus aset AHB ketika itu mengumumkan pengagihan pendapatan interim sebanyak 2.20 sen seunit dan bonus pengagihan bernilai 0.30 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2024.

“Ini membawa agihan keseluruhan bernilai 5.00 sen bersamaan 5.00 peatus setahun dengan nilai keseluruhan agihan pembayaran bernilai RM232 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 30 Sept, 2024.

“AHB akan mengagihkan sejumlah RM121 juta kepada kira-kira 83,000 pemegang unit bagi pengagihan pendapatan kali ini. Pendapatan pemegang unit tidak hanya dikecualikan daripada cukai, malah juga telah dizakatkan.

“Bagi tempoh ini, pendapatan dana akan diagihkan dalam bentuk wang tunai dengan wang tersebut akan dikreditkan terus ke akaun bank pemegang unit pada 14 Okt, 2024,” jelasnya.

AHB boleh dilanggan oleh pelabur bumiputera pada harga RM1.00 setiap unit di semua pengedar sah di seluruh Malaysia.

-- BERNAMA