BERITA TERKINI   KLFA perkukuh kerjasama dengan KBS dalam pembangunan jurulatih dan program belia - Fahmi | KLFA sedang kukuh kerjasama dengan KPM dalam memperkasa bola sepak di peringkat sekolah - Fahmi | PM Anwar umum dana RM1 juta kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur | Tiga ladang ternakan babi di Tasek Gelugor, Pulau Pinang disahkan positif penyakit demam babi Afrika - Pengarah JPV Negeri | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 dan Disember 2024 susut 1.0 mata masing-masing kepada 1,635.5 dan 1,642.0 manakala November 2024 turun 1.5 mata kepada 1,638.5 dan Mac 2025 menguncup 2.0 mata kepada 1,630.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5,755 lot daripada 5,478 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 46,733 kontrak daripada 46,663 kontrak sebelumnya.            

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 0.71 mata atau 0.04 peratus kepada 1,634.91 daripada paras penutup 1,635.62 pada Selasa.

-- BERNAMA