BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | 

Key Asic Bekerjasama Dengan NSW Dari Jepun Untuk Bangunkan Perniagaan ASIC

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Key Asic Bhd (Key Asic) memeterai perjanjian kerjasama dengan NSW Inc (NSW) iaitu satu daripada pembina penyelesaian sistem terbesar Jepun bagi membangunkan perniagaan reka bentuk litar bersepadu khusus aplikasi (ASIC).

Syarikat itu berkata NSW akan menawarkan pelbagai penyelesaian, membolehkan kedua-dua syarikat mengembangkan kemampuan reka bentuk ASIC secara bersama dan menangani keperluan pelanggan dengan lebih baik.

Key Asic berkata NSW memiliki kepakaran unik dan mengagumkan dalam pembangunan perisian, perkakasan dan cip terutamanya dalam teknologi internet pelbagai benda (IoT) serta kecerdasan buatan (AI) yang berjaya digunakan dalam pasaran.

"Keupayaan NSW akan membolehkan kami menyampaikan penyelesaian yang lebih lengkap dan bersepadu kepada pelanggan kami," katanya dalam makluman ke Bursa Malaysia hari ini.

Menurut syarikat berkenaan, perjanjian itu mengambil masa selama lima tahun bermula pada 9 Okt, 2024 dan berakhir pada 8 Okt, 2029.

"Kerjasama ini dijangka mempercepatkan pertumbuhan dan penggunaan teknologi IoT dan AI Key ASIC di peringkat platform silikon," kata syarikat itu.

-- BERNAMA