BERITA TERKINI   Rektor UIAM Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2026 | Pakar Fiqah Islam dari Maghribi Dr Ahmad Al-Raysuni diumum Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2026 | Jadikan Maal Hijrah detik muhasabah hidup, tingkat kesedaran ummah - Sultan Nazrin | Pemimpin jangan bertindak impulsif, melatah ikut dorongan hati, emosi - Sultan Nazrin | Semangat dan penghayatan pengorbanan kian kabur, pupus dalam kalangan ummah - Sultan Nazrin | 

Sapura Resources Lantik Reza Abdul Rahim Sebagai Pemangku Pengarah Urusan

KUALA LUMPUR, Oct 10 (Bernama) -- Sapura Resources Bhd melantik Reza Abdul Rahim sebagai pengarah eksekutif dan pemangku pengarah urusannya berkuat kuasa hari ini.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Reza akan memikul tugas dan tanggungjawab pengarah urusan buat sementara waktu.

“Dengan pelantikan ini, ketua pegawai korporat Mai Eliza Mior Mohamad Zubir tidak lagi akan menjadi pegawai yang bertanggungjawab syarikat itu berkuat kuasa 10 Okt,” katanya.

Sapura Resources berkata pengumuman selanjutnya akan dibuat sekiranya terdapat perkembangan terbaharu mengenai perkara itu.

-- BERNAMA