BERITA TERKINI   Pendirian bebas dan berkecuali Malaysia buka ruang untuk kerjasama ekonomi - PM Anwar | Kejayaan Petronas peroleh telaga gas di Turkmenistan bukti keyakinan negara luar terhadap keupayaan Malaysia, syarikat tempatan - PM Anwar | PRN Johor: PH umum Nor Zulaila Abd Ghani sebagai calon kerusi DUN Tiram, Lee Wern Yiing calon DUN Johor Jaya - Loke | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kadar asas pasaran tunai. 

Pada 9.44 pagi, kontrak Oktober 2024 merosot 1.5 mata kepada 1,644.5, November 2024 berkurangan 0.5 mata kepada 1,648.0, Mac 2025 susut 3.0 mata kepada 1,638.0 manakala Disember 2024 tidak berubah pada 1,651.5.  

Jumlah dagangan sebanyak 1,733 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,479 kontrak.

FBM KLCI susut 0.17 mata kepada 1,640.77 selepas satu jam lima minit dagangan.

-- BERNAMA