BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 - DOSM | Lebihan dagangan meningkat kepada RM40.4 bilion pada Mei 2026, sekali gus mencatat lebihan selama 73 bulan berturut-turut sejak Mei 2020 - DOSM | Eksport Malaysia tumbuh 45.3 peratus kepada RM184.0 bilion, import naik 14.1 peratus kepada RM143.6 bilion pada Mei 2026 - DOSM | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion pada Mei 2026, didorong pertumbuhan eksport lebih kukuh - DOSM | DBKL peruntuk RM200 juta di bawah Program Lestari Niaga bangunkan semula 287 lokasi gerai penjaja di ibu negara - Hannah | 

Alliance Bank Sertai Sidang Kemuncak UNGC Di New York

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Alliance Bank Bhd telah diiktiraf atas komitmennya untuk mempromosikan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Pengiktirafan ini menjadikan bank itu dijemput untuk berucap di Sidang Kemuncak Pemimpin Kompak Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGC) di Javits Centre, New York pada 24 September, 2024.

Alliance Bank dalam satu kenyataan berkata sidang kemuncak global yang diadakan semasa Perhimpunan Agung PBB peringkat tinggi itu telah menarik lebih 1,500 pemimpin korporat, pegawai PBB, pemimpin kerajaan, pihak berkepentingan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan golongan profesional dari pertubuhan masyarakat sivil dari lebih 85 negara. .

Semasa sesi panel bertajuk ‘Do’s and Don’ts of Sustainability Supply Chains,’ ketua pegawai strategi kumpulan bank itu, Aaron Sum menekankan komitmen Alliance Bank untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia mengemudi landskap ESG yang kompleks melalui Program Impak Kelestarian bank itu, memfokuskan kepada advokasi, nasihat dan penyelesaian.

“Kerja advokasi dan pembinaan kapasiti kami dengan UNGC di Malaysia menyerlahkan bahawa kemampanan tidak seharusnya dilihat sebagai perkara berkaitan pematuhan sahaja tetapi sebagai sumber kelebihan daya saing. Mengamalkan amalan mampan boleh memberikan perniagaan kelebihan berbanding pesaing," katanya.

Beliau juga memetik penyelidikan dilakukan baru-baru bersama Monash University Malaysia dan UNGC di Malaysia baru-baru ini mendedahkan sebanyak 38 peratus PKS yang telah menerima amalan mampan dalam perniagaan mereka menyaksikan peningkatan hasil melebihi 50 peratus.

Melalui Program Kesan Kemampanan, Alliance Bank telah meluluskan kira-kira RM1 bilion pinjaman perniagaan kecil sejak dua tahun lepas untuk menyokong PKS dalam peralihan kemampanan mereka.

Alliance Bank juga merupakan satu-satunya institusi kewangan dari Malaysia yang hadir dan berucap pada sidang kemuncak itu, ia bertujuan untuk meningkatkan tahap kemampanan.

-- BERNAMA