Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal hari ini berikutan prestasi kadar asas pasaran tunai.

Pada 9.20 pagi, kontrak Oktober 2024 naik 1.0 mata kepada 1,639.0, November 2024 menambah 3.0 mata kepada 1,644.0, Disember 2024 meningkat 3.0 mata kepada 1,651.5 dan Mac 2025 naik 2.5 mata kepada 1,646.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,225 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,782 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 5.61 mata kepada 1,639.16 selepas 35 minit dagangan.

-- BERNAMA