BERITA TERKINI   Pelancaran Strategi Pembudayaan Integriti Nasional asas pembangunan negara mampan - PM Anwar | Komuniti Rukun Tetangga platform penting pupuk perpaduan di peringkat akar umbi - PM Anwar | RM5 juta akan disediakan dalam Belanjawan 2027 untuk hidupkan 10 memorial negarawan di seluruh negara - PM Anwar | Kekuatan negara bermula dari institusi keluarga dan didikan di rumah - PM Anwar | Tiada negara yang berdaya tahan tanpa peranan serta sumbangan wanita - PM Anwar | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau.

Seorang peniaga berkata pengeluaran getah asli yang terhad berikutan ramalan cuaca buruk melanda kawasan pengeluaran Asia Tenggara terus menyokong pasaran, apabila agensi metereologi Thailand memberi amaran hujan lebat yang mungkin menyebabkan banjir kilat minggu ini.

Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penurunan harga minyak mentah susulan sentimen pasaran terjejas oleh ketidaktentuan masa dan skala pakej rangsangan China, ditambah dengan peningkatan konflik di Timur Tengah.

Indeks harga pengguna China meningkat pada kadar yang lebih perlahan daripada jangkaan pada 0.4 peratus tahun ke tahun pada September, luar daripada jangkaan bahawa ia akan kekal pada 0.6 peratus pada bulan sebelumnya.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) naik 16.5 sen kepada 870 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat tiga sen kepada 752 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga SMR 20 berada pada 864 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 753.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA