BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 - DOSM | Lebihan dagangan meningkat kepada RM40.4 bilion pada Mei 2026, sekali gus mencatat lebihan selama 73 bulan berturut-turut sejak Mei 2020 - DOSM | Eksport Malaysia tumbuh 45.3 peratus kepada RM184.0 bilion, import naik 14.1 peratus kepada RM143.6 bilion pada Mei 2026 - DOSM | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion pada Mei 2026, didorong pertumbuhan eksport lebih kukuh - DOSM | DBKL peruntuk RM200 juta di bawah Program Lestari Niaga bangunkan semula 287 lokasi gerai penjaja di ibu negara - Hannah | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan lebih tinggi dalam sesi dagangan awal pada Selasa.

Pada 9.15 pagi ini, kontrak Oktober 2024 dan Disember 2024 menokok 4.0 mata kepada 1,637.50 dan 1,641.50 manakala November 2024 meraih 5.0 mata kepada 1,645.0 dan Mac 2025 meningkat 1.0 mata kepada 1,630.0.

Jumlah dagangan sebanyak 957 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,004 kontrak.

Indeks FBM KLCI menokok 0.98 mata kepada 1,637.52 selepas 33 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA