BERITA TERKINI   PRK DUN Lamag: Mohd Ismail Ayob dipilih calon wakili BN - Pengerusi UMNO Sabah | Ahmad Faizal Azumu umum letak jawatan Pengerusi PN Perak | Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | Datuk Dr Sahruddin Jamal umum letak jawatan Pengerusi PN Johor | Muhyiddin umum letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026 | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM42.00 bilion daripada RM43.07 bilion pagi tadi manakala dana Islam merosot kepada RM14.61 bilion daripada RM17.76 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan tender repo berbalik dan tender repo berbalik semalaman Islam.

Ia juga mengumumkan ketersediaan repo terbalik, perjanjian jual dan beli balik, serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM42.00 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM14.60 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus setakat 14 Okt, 2024.

-- BERNAMA