BERITA TERKINI   Menteri Luar Australia umum program pembangunan AU$1.28 bilion untuk ASEAN bagi menyerap impak pemotongan dana USAID | CAAM sahkan kemalangan helikopter polis jenis AS355 berhampiran Sungai Pulai di Gelang Patah, Johor pagi ini, lima mangsa selamat | ASEAN sambut baik perkembangan Kod Tatalaku Laut China Selatan, harap dimuktamadkan dalam masa terdekat - Mohamad Hasan | Perjanjian FTA ASEAN-China 3.0 yang bakal dimeterai akhir tahun ini perkukuh kerjasama ekonomi, daya tahan rantau ini - Mohamad Hasan | Hubungan dialog ASEAN dengan China antara perkongsian paling substantif, dinamik - Mohamad Hasan | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Berikutan Sentimen Serantau Yang Lemah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur di tengah-tengah petunjuk yang agak lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.

Seorang peniaga memberitahu Bernama, sentimen pasaran terjejas akibat kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi China selepas keyakinan daripada langkah rangsangannya mula pudar selain pengukuhan ringgit berbanding dolar US .

Menurut tinjauan Reuters, ekonomi China diunjurkan berkembang sebanyak 4.8 peratus pada 2024, bagaimanapun ia meleset daripada sasaran, dengan pertumbuhan berpotensi semakin perlahan kepada 4.5 peratus menjelang 2025.

Ini memberikan tekanan kepada pembuat dasar untuk mempertimbangkan langkah-langkah rangsangan tambahan.

Bagaimanapun, peniaga itu berkata kerugian selanjutnya telah dihadkan apabila harga minyak mula stabil selepas kerugian semalaman di tengah-tengah pengurangan bekalan getah asli global dan jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selanjutnya.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR 20 turun lapan sen kepada 869 sen sekilogram manakala lateks pukal naik setengah sen kepada 756.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 857.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 756 sen sekilogram.

-- BERNAMA