BERITA TERKINI   KKM kaji pelaksanaan sistem 'e-MC', bendung sindiket sijil sakit palsu - Dzulkefly | Sebanyak 402 kes berkaitan vape dikesan mengandungi dadah sintetik berbahaya - Dzulkefly | Bekas Ketua Bernama Radio Allahyarham Azlan Idris diumum penerima Anugerah Khas HAWANA 2026 | Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman diumum penerima Anugerah HAWANA 2026 | Peruntukan Dana Inovasi Media diteruskan, RM24.57 juta disalur kepada 72 syarikat setakat ini- PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Semasa Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat semasa sesi awal dagangan pada Khamis.

Pada 9.31 pagi, Oktober 2024 meningkat 5.5 mata kepada 1,638.0, November 2024 dan Disember 2024 masing-masing menambah 4.0 mata kepada 1,640.0 dan 1,644.0, dan Mac 2025 menokok 3.5 mata kepada 1,631.0.

Jumlah dagangan sebanyak 912 lot, dengan kepentingan terbuka pada 41,757 kontrak.

FBM KLCI meningkat 5.64 mata kepada 1,638.27 selepas 49 minit dagangan.

-- BERNAMA