BERITA TERKINI   Polis buka kertas siasatan susulan laporan palsu kemangkatan Sultan Kelantan - Ketua Polis Kelantan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.19 pagi, kontrak Oktober 2024 dan Disember 2024, masing-masing merosot 4.0 mata kepada 1,643.50 dan 1,636.0, November 2024 berkurangan 3.5 mata kepada 1,646.50 dan Mac 2025 susut 6.0 mata kepada 1,636.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,171 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,418 kontrak.

FBM KLCI meningkat 3.20 mata kepada 1,644.64 selepas 37 minit dagangan. 

-- BERNAMA