BERITA TERKINI   Pengendalian dron tanpa kelulusan boleh datangkan risiko keselamatan, tindakan di bawah Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 - CAAM | Aktiviti dron, pesawat tanpa pemandu dilarang di kawasan terlibat dengan raptai dan sambutan Hari Kebangsaan - CAAM | Hari Kebangsaan: Ruang udara kawasan kawalan Terminal Kuala Lumpur ditutup pada 26-29 Ogos dan 31 Ogos - CAAM | 

Kadar Duti Eksport MSM Disemak Semula Pastikan Bekalan Dalam Negara - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kadar duti eksport minyak sawit mentah (MSM) disemak semula dalam usaha memastikan bekalan komoditi tersebut di pasaran tempatan dan menggalakkan aktiviti pemprosesan lanjut dan aktiviti hiliran bagi menghasilkan produk nilai tambah lain seperti biodiesel dan oleokimia, kata Kementerian Kewangan hari ini. 

Menurut lampiran yang dikeluarkan seiring dengan pembentangan Belanjawan 2025 hari ini, kementerian itu berkata kadar duti eksport MSM ini akan berkuat kuasa 1 Nov, 2024. 

Kadar duti eksport untuk harga pasaran MSM bagi RM2,250 setiap tan metrik dan ke bawah kekal sifar, diikuti RM2,250-RM2,400 pada kadar 3.0 peratus, RM2,401-RM2,550 (4.5 peratus), RM2,551-RM2,700 (5.5 peratus), RM2,701-RM2,850 (5.5 peratus), RM2,851-RM3,000 (6.0 peratus) dan RM3,001-RM3,150 (6.5 peratus).

Sementara itu, kadar duti eksport untuk harga pasaran MSM pada RM3,151-RM3,300 setiap metrik tan adalah pada 7.0 peratus, diikuti RM3,301-RM3,450 (7.5 peratus), RM3,451-RM3,600 (8.0 peratus), RM3,601-RM3,750 (8.5 peratus), RM3,751-RM3,900 (9.0 peratus), RM3,901-RM4,050 (9.5 peratus) serta lebih RM4,050 setiap tan metrik pada kadar 10 peratus. 

Bagi terus menyokong kelangsungan industri sawit negara, Kementerian Kewangan mencadangkan nilai ambang keuntungan luar biasa disemak semula bagi Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak masing-masing pada 3.0 peratus untuk nilai ambang harga MSM pada RM3,150 setiap tan metrik dan RM3,650 setiap tan metrik bermula 1 Jan, 2025. 

-- BERNAMA