BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 - DOSM | Lebihan dagangan meningkat kepada RM40.4 bilion pada Mei 2026, sekali gus mencatat lebihan selama 73 bulan berturut-turut sejak Mei 2020 - DOSM | Eksport Malaysia tumbuh 45.3 peratus kepada RM184.0 bilion, import naik 14.1 peratus kepada RM143.6 bilion pada Mei 2026 - DOSM | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion pada Mei 2026, didorong pertumbuhan eksport lebih kukuh - DOSM | DBKL peruntuk RM200 juta di bawah Program Lestari Niaga bangunkan semula 287 lokasi gerai penjaja di ibu negara - Hannah | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Beliau berkata emas COMEX AS mencapai rekod tinggi baharu, dipacu oleh ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat kepada US$2,741.40 setiap auns troy daripada US$2,718.00 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas manakala November 2024 melonjak kepada US$2,756.40 setiap auns troy daripada US$2,733.00 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 and Februari 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,764.50 setiap auns troy daripada US$2,741.10 setiap auns troy sebelumnya. 

Jumlah dagangan merosot kepada 14 lot daripada 22 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 38 kontrak daripada 40 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 18 Okt, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,712.50 setiap auns troy.

-- BERNAMA