BERITA TERKINI   MB Johor nafi desas-desus pembubaran DUN berlaku hari ini | Wartawan perlu dibenarkan bekerja secara profesional dengan pendekatan lebih berhemah oleh pihak berkuasa - Teo Nie Ching | Pihak berkuasa harus mengutamakan dialog berbanding penahanan dan menyelesaikan pertikaian melalui Majlis Media Malaysia untuk menambah baik perundangan kewartawanan -Teo Nie Ching | Forum Media HAWANA penting, memberi ruang untuk mencorakkan masa depan kewartawanan - Teo Nie Ching | Tabung Kasih@HAWANA beri manfaat kepada 728 pengamal media, jumlah sumbangan sebanyak RM1.94 juta setakat 30 April 2026 - Teo Nie Ching | 

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$119.6 Bilion Pada 15 Okt 2024

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$119.6 bilion pada 15 Okt, 2024 berbanding dengan US$119.7 bilion pada 30 Sept, 2024.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek, menurut BNM dalam kenyataan pada Selasa.

Komponen utama rizab antarbangsa itu meliputi rizab mata wang asing (US$106.6 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$3.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.5 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM596.87 bilion yang meliputi emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM491.64 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.53 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.65 bilion), tanah dan bangunan (RM4.11 bilion) serta aset lain (RM58.14 bilion).

BNM menjelaskan modal dan liabiliti berjumlah RM596.87 bilion merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM177.39 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.20 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM138.12 bilion), deposit oleh kerajaan Persekutuan (RM8.45 bilion), deposit lain (RM65.19 bilion), Kertas Bank Negara (RM12.22 bilion),  peruntukan SDR (RM27.22 bilion) dan liabiliti lain (RM2.98 bilion).

-- BERNAMA