BERITA TERKINI   Kerajaan bakal gubal akta baharu berkaitan pekerja gig - TPM Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu. 

Kontrak bulan semerta Oktober 2024 dan November 2024 susut setengah mata masing-masing kepada 1,642.0 dan 1,645.5. 

Kontrak Disember turun dua mata kepada 1,648.0 dan Mac 2025 susut 2.5 mata kepada 1,636.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3,655 lot daripada 5,156 pada Selasa manakala kepentingan terbuka turun kepada 45,027 kontrak daripada 46,297 sebelumnya.            

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 1.01 mata untuk ditutup pada paras terendah intra harinya pada 1,641.53 daripada paras penutup 1,642.54 pada Selasa.

-- BERNAMA