BERITA TERKINI   Kerajaan pertimbang wajibkan label ‘AI generated’ bagi kandungan digital di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian - Fahmi | Pihak berkuasa perlu siasat kesahihan dokumen minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang tular - Fahmi | Bangkai helikopter PDRM yang terhempas di Sungai Pulai dijangka dinaikkan esok atau lusa dengan bantuan TLDM dan APMM - Komander PGU  | Kemalangan helikopter: Lima mangsa termasuk dua di ICU Hospital Sultanah Aminah stabil - Komander PGU | KPT pantau aktiviti berkaitan militan IS dalam kalangan pelajar IPT - Zambry | 

Niaga Hadapan Emas Pulih Susulan Ketegangan Di Timur Tengah, Masalah Politik AS

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives pulih daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi pada Rabu, dipacu minat belian baharu susulan ketegangan di Timur Tengah dan ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat kepada US$2,757.80 setiap auns troy daripada US$2,738.70 setiap auns troy pada Selasa, manakala November 2024 berkembang kepada US$2,773.10 setiap auns troy daripada US$2,753.70 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 and Februari 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,781.20 setiap auns troy daripada US$2,761.80 setiap auns troy semalam.  

Jumlah dagangan bertambah kepada 65 lot daripada 30 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 78 kontrak daripada 48 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 22 Okt, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,736.50 setiap auns troy.

-- BERNAMA