BERITA TERKINI   Ringgit meningkat kepada 3.8835/9065 berbanding dolar AS pada Isnin, mencecah paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun | Gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 landa perairan Sabah awal pagi ini, tiada ancaman tsunami - MetMalaysia | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah semasa awal dagangan pada Khamis, menjejaki prestasi di pasaran tunai.

Pada 9.10 pagi, kontrak Oktober 2024 susut 6.0 mata kepada 1,636.0, November 2024 kurang 5.0 mata kepada 1,640.5, Disember 2024 turun 4.0 mata kepada 1,644.0, dan Mac 2025 menguncup 4.5 mata kepada 1,631.5.

Jumlah dagangan mencecah 886 lot, dengan kepentingan terbuka sebanyak 42,854 kontrak.

Penanda aras FBM KLCI meningkat 1.70 mata kepada 1,639.83 selepas 30 minit dagangan.

-- BERNAMA