BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Ashgabat pada 8 malam (11 malam waktu Malaysia) untuk lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan | Kerajaan Persekutuan luluskan penubuhan Majlis Tahfiz Negara - TPM Ahmad Zahid | PRN Johor: Chu Poh Yee calon DAP bagi kerusi DUN Mengkibol menggantikan penyandang Chew Chong Sin - Loke | Bekalan minyak: draf perjanjian dan prinsip kerjasama telah dipersetujui, hanya menunggu proses pemuktamadan & pemeteraian selepas lawatan teknikal terperinci - PM Anwar | Rusia beri jaminan bekalan minyak dan gas kepada Malaysia untuk jangka masa panjang - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Tidak Banyak Berubah Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal dalam keadaan tidak banyak berubah minggu depan, kata penganalisis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata pihaknya menjangkakan sentimen kekal lemah memandangkan pelabur menunggu pemangkin pasaran baharu.

“Susulan ketiadaan pemangkin baharu, FBM KLCI dijangka mengalami dagangan tidak berubah dengan pergerakan sedikit meningkat dalam julat 1,615 hingga 1,630,” katanya kepada Bernama.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, Oktober 2024 dan Mac 2024 masing-masing susut 19.0 mata kepada 1,616.0 dan 1,611.0 manakala November 2024 merosot 27.5 mata kepada 1,620.5 dan Disember 2024 turun 8.0 mata kepada 1,623.5.

Jumlah dagangan melonjak kepada 64,552 lot daripada 32,305 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 74,284 kontrak daripada 46,103 kontrak.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 27.69 mata kepada 1,618.30 daripada 1,645.99 minggu lepas.

-- BERNAMA