BERITA TERKINI   Tiada unsur buli babitkan kes pelajar tingkatan empat yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Seremban - KP Pendidikan | Kerjasama itu membuka ruang penglibatan lebih strategik pada masa depan termasuk penerokaan potensi besar sektor gas asli Turkmenistan, antara pemilik rizab gas terbesar dunia - PMO | PM Anwar, Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov hari ini saksikan pemeteraian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan - PMO | Pencapaian ini hadir sempena 30 tahun kerjasama Malaysia, Turkmenistan dalam sektor tenaga, yang menjadi antara tonggak penting hubungan dua hala kedua-dua negara - PMO | Kerjasama strategik antara Petronas, pihak berkuasa Turkmenistan buka lembaran baharu dalam hubungan ekonomi dan tenaga antara Malaysia dan Turkmenistan - PMO | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran terus berhati-hati susulan dunia bersiap sedia untuk pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan diadakan pada 5 November.

Pada 8.03 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.3400/3595 berbanding dolar AS daripada 4.3405/3450 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pilihan raya presiden AS minggu depan akan menjadi agenda utama terutamanya apabila tinjauan pendapat menunjukkan persaingan yang amat sengit antara kedua-dua calon.

Beliau berkata parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) gagal meraih majoriti kerusi dalam pilihan raya umum Jepun, mewujudkan ketidakpastian mengenai pembentukan gabungan dan dasar-dasar seterusnya.

“Yen rendah berbanding dolar AS sebanyak 0.42 peratus kepada 152.95 yen berikutan kebimbangan mengenai situasi politik di Jepun,” katanya kepada Bernama.

Dalam negara, katanya Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.09 peratus kepada 104.353 mata.

“Oleh itu, ringgit dijangka mendatar atau rendah sedikit hari ini berikutan dolar AS yang semakin kukuh,” katanya.

Dalam dagangan awal, ringgit tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen kepada 2.8401/8533 daripada 2.8554/8586 pada Jumaat lepas, ia naik berbanding pound kepada 5.6246/6499 daripada 5.6348/6407 dan menambah berbanding euro kepada 4.6872/7083 daripada 4.6977/7026 sebelum ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2807/2957 daripada 3.2870/2907 pada Jumaat lepas, bagaimanapun ia merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8577/12.9228 daripada 12.8425/8619 sebelum ini.

Mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.44/7.48 daripada 7.44/7.45 sebelum ini dan mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 277.3/278.7 daripada 277.3/277.8 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA