BERITA TERKINI   Kapal Malaysia pertama telah melepasi Selat Hormuz - Kedutaan Iran di Malaysia | Pada 6 petang ini, ringgit mengukuh di paras 4.0245/0320 berbanding dolar AS daripada 4.0295/0350 Jumaat lepas | Misi bawa 30 kontena bantuan kemanusiaan bakal beri manfaat kepada kira-kira 100,000 penduduk Palestin - MB Selangor | Misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 libatkan hampir 3,000 peserta dari kira-kira 100 negara - MB Selangor | Weststar Aviation Services menyasar untuk menambah jumlah pesawat kepada 60 daripada 32 dalam tempoh dua tahun | 

DHL Labur RM300 Juta Bagi Kemudahan Kuala Lumpur Gateway

SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- DHL Express meningkatkan pelaburannya di Malaysia dengan pembukaan kemudahan baharu Kuala Lumpur Gateway yang bernilai RM300 juta, sekali gus menjadikan pelaburan tempatan terbesar bagi syarikat setakat ini.

Pelaburan itu juga merupakan sebahagian daripada strateginya untuk memperkukuh kesalinghubungan intra-Asia. 

Sebelum ini, DHL Express telah melabur RM13 juta untuk pembukaan Pusat Khidmat Prai di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang dan sejumlah RM11 juta bagi pelaburan di Gerbang Selatan Malaysia.

Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei Julian Neo Poh Choon berkata Kuala Lumpur Gateway yang baharu bertujuan menyokong aktiviti import dan eksport yang berkembang pesat di Malaysia setara dengan peningkatan perdagangan antarabangsa.

“Fasiliti baharu ini adalah tiga kali ganda lebih besar dan boleh mengendalikan empat kali lebih kiriman berbanding premis sebelumnya.

“Melalui naik taraf ini, kami lebih berkemampuan untuk menyokong peniagaan-perniagaan industri mikro, kecil dan sederhana serta syarikat multinasional dalam aktiviti import dan eksport di Malaysia, ” kata beliau dalam ucapan aluan-aluan sempena Majlis Perasmian DHL Express Kuala Lumpur Gateway baharu hari ini.

-- BERNAMA