BERITA TERKINI   Kerajaan bakal gubal akta baharu berkaitan pekerja gig - TPM Ahmad Zahid | Belum pernah ada dalam sejarah kerajaan jatuh kerana belanja besar untuk rakyat, sebaliknya disebabkan rasuah - PM Anwar | Pemaju perumahan mampu milik mesti siapkan projek segera, ikut jadual dan mengutamakan mutu - PM Anwar | 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar US pada Isnin dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) minggu depan, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.3605/3640 berbanding dolar 4.3405/3450 ketika ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar US kekal di hadapan dengan ketidaktentuan dalam ekonomi Jepun berikutan pilihan raya pada hujung minggu depan yang membawa kepada yen Jepun yang lebih lemah.

Beliau berkata Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah secara agresif manakala negara maju lain akan terus menurunkannya.

“Ini akan memberi kelebihan kepada mata wang AS dalam tempoh terdekat.

"Sehubungan itu, ringgit diunjurkan kekal lemah dalam tempoh terdekat. Tumpuan akan diberikan kepada pilihan raya presiden AS minggu depan," kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8521/8545 berbanding 2.8554/8586 ketika ditutup pada Jumaat, bagaimanapun ia merosot berbanding pound Britain kepada 5.6564/6610 daripada 5.6348/6407 dan jatuh berbanding euro kepada 4.7159/7197 daripada 4.6977/7026 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit didagangakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.49 daripada 7.44/7.45 ketika ditutup pada Jumaat, menguncup berbanding dolar Singapura kepada 3.2979/3008 berbanding 3.2870/2907 sebelum itu dan turun berbanding baht Thailand kepada 12.8780/8933 from 12.8425/8619 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 277.2/277.6 f 277.3/277.8. 

-- BERNAMA