BERITA TERKINI   Chatbot AIFA yang dilancar 28 Jan lepas, terima purata 5,330 soalan sehari untuk semak kesahihan berita - Fahmi | Persatuan seni silat dipelawa jalin kerjasama dengan MCMC, bantu tangani berita palsu di media sosial - Fahmi | Kes tembakan di Setia Alam: Jangan mudah percaya dakwaan di media sosial, rujuk saluran berita rasmi dan polis- Fahmi | Suspek lepaskan tembakan ke arah pekerja pembersihan selepas ditegur supaya alihkan barang- Pengarah JSJ | Insiden tembakan di Setia Alam: Risikan awal dapati suspek berada di bawah pengaruh dadah - Pengarah JSJ | 

MyDigital ID Pilihan Log Masuk Tambahan myTNB Mulai Awal 2025 - TNB

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) membolehkan pelanggan menggunakan MyDigital ID bagi tujuan log masuk tambahan platform myTNB bermula awal tahun depan.

Dalam kenyataannya, syarikat utiliti nasional itu berkata TNB akan mengintegrasikan MyDigital ID sebagai pilihan log masuk tunggal (SSO) tambahan dan pelanggan myTNB dipelawa menggunakan pilihan itu pada fasa permulaannya.

“Mereka akan menerima pelawaan eksklusif bagi mengemas kini aplikasi myTNB yang membolehkan mereka menikmati manfaat MyDigital ID itu terlebih dahulu," katanya.

TNB juga menyifatkan inisiatif itu seiringan dengan komitmennya untuk menyokong agenda MyDigital bagi melaras pengurusan identiti digital di Malaysia selain menawarkan kemudahan dan keselamatan untuk pengguna.

Langkah mengintegrasi ciri SSO MyDigital ID itu juga akan membolehkan pengguna platform myTNB mendapat akses kepada pelbagai perkhidmatan TNB sambil menikmati perlindungan yang dipertingkat terhadap pencerobohan data menerusi pengesahan identiti digital secara berpusat, katanya.

-- BERNAMA