BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Ashgabat pada 8 malam (11 malam waktu Malaysia) untuk lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan | Kerajaan Persekutuan luluskan penubuhan Majlis Tahfiz Negara - TPM Ahmad Zahid | PRN Johor: Chu Poh Yee calon DAP bagi kerusi DUN Mengkibol menggantikan penyandang Chew Chong Sin - Loke | Bekalan minyak: draf perjanjian dan prinsip kerjasama telah dipersetujui, hanya menunggu proses pemuktamadan & pemeteraian selepas lawatan teknikal terperinci - PM Anwar | Rusia beri jaminan bekalan minyak dan gas kepada Malaysia untuk jangka masa panjang - PM Anwar | 

Shahriman Letak Jawatan Sebagai Pengarah Urusan Sapura Resources

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) --  Pengarah Urusan Sapura Resources Bhd Datuk Shahriman Shamsuddin meletakkan jawatannya berkuat kuasa semalam.

Syarikat itu menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Shahriman turut meletak jawatan sebagai pengarah syarikat tersebut dan juga pengarah dalam anak syarikat berikut -- SRB One Sdn Bhd, Aero Handlers Sdn Bhd, Aerodome Services Sdn Bhd dan Sapura Technics Sdn Bhd.

"Lembaga telah memutuskan untuk menerima peletakan jawatan Shahriman sebagai pengarah urusan syarikat dan pengarah syarikat serta jawatan pengarah dalam anak-anak syarikat tersebut," kata Sapura Resources.

Menurut syarikat itu, Lembaga Pengarah komited untuk menegakkan standard integriti dan tadbir urus korporat tertinggi.

-- BERNAMA