BERITA TERKINI   Eversendai Corp raih empat projek baharu berjumlah RM400 juta di Singapura dan India | Matrix Concepts catat untung bersih RM219.33 juta pada tahun kewangan 2026, umum dividen 1.25 sen yang akan dibayar pada 9 Julai 2026 | AMMB Holdings Bhd catat untung bersih tinggi RM2.10 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 | PM Anwar akan lancar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 esok | Insiden tren tergelincir: Kerja baik pulih sedang dijalankan, perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara kekal aktif - Rapid KL | 

FGV Holdings Salur Pinjaman RM260 Juta Kepada Subsidiari Untuk Perbelanjaan Modal

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGVH) telah memeterai perjanjian pinjaman dengan anak syarikat 72 peratus miliknya, FGV Palm Industries Sdn Bhd (FGVPI) untuk menyalurkan pinjaman sebanyak RM260 juta bagi membiayai keperluan perbelanjaan modal FGVPI.

FGVPI ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di Malaysia pada 14 September, 1955 dengan modal saham terbitan sebanyak RM422.59 juta.

“Aktiviti utama syarikat ini adalah pegangan pelaburan, penyediaan perkhidmatan berkaitan pemprosesan tandan buah segar menjadi minyak sawit mentah dan isirong sawit,” kata FGVH dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

FGVPI dimiliki 72 peratus oleh Felda Holdings Bhd dan 28 peratus oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd.

-- BERNAMA