BERITA TERKINI   Speaker Rus'sele Eizan tarik balik notis pemakluman keperluan PRK bagi tiga kerusi DUN Perlis | Kerajaan Negeri Perlis isytihar esok sebagai cuti peristiwa - Menteri Besar | Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Mohamed Khaled | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Jumaat.

Kontrak bulan semerta November 2024 naik 1.5 mata kepada 1,603.5 namun Disember 2024 turun 14 mata kepada 1,622.0, Mac 2025 meraih 1.0 mata kepada 1,595.5 manakala kontrak baharu diperkenalkan, Jun 2025 berada pada 1,595.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 5,866 lot daripada 13,356 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka susut kepada 42,202 kontrak daripada 55,705 kontrak.

Pada 5 petang, indeks FBM KLCI menokok 2.1 mata kepada 1,603.98 daripada paras 1,601.88 pada akhir dagangan pada Rabu.

-- BERNAMA