BERITA TERKINI   KLFA perkukuh kerjasama dengan KBS dalam pembangunan jurulatih dan program belia - Fahmi | KLFA sedang kukuh kerjasama dengan KPM dalam memperkasa bola sepak di peringkat sekolah - Fahmi | PM Anwar umum dana RM1 juta kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur | Tiga ladang ternakan babi di Tasek Gelugor, Pulau Pinang disahkan positif penyakit demam babi Afrika - Pengarah JPV Negeri | 

Unit Bumi Armada Dapat Kontrak RM282.5 Juta Di Laut Utara

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bumi Armada Bhd, Bumi Armada UK Ltd telah memperoleh kontrak bernilai £50 juta (RM282.5 juta) daripada EnQuest Heather Ltd.

Bumi Armada dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata unitnya telah memeterai perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan dan pengubahsuaian bagi penyediaan sistem pemulihan gas suar pada platform Magnus yang terletak di blok 211/12a serta 211/7a Laut Utara.

“Perjanjian itu dijangka berjalan dalam tempoh empat tahun,” katanya.

Bumi Armada berkata penggunaan sistem pemulihan gas suar menawarkan kelebihan pada alam sekitar serta nilai operasi.

Penangkapan dan penggunaan semula gas suar akan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau platform Magnus, khususnya karbon dioksida dan metana, yang merupakan penyumbang utama kepada perubahan iklim.

“Ini sejajar dengan piawaian dan peraturan alam sekitar global, membantu EnQuest memenuhi komitmen sasaran pengurangan pelepasan dalaman serta luarannya,” tambah firma itu lagi.

-- BERNAMA